CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 19, 2009

LATIHAN STRUKTUR BAB 5 TINGKATAN 5

1.Pada Julai 1950, bertempat di King's House telah berlaku perundingan antara British dengan wakil penduduk Tanah Melayu membawa kepada pembentukan sistem Ahli

a. Namakan seorang tokoh tempatan yang terlibat dengan peristiwa di atas
.................................... ( 1 markah )

b. Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli?
i. ..........................................
ii. ......................................... ( 2 markah )

c. Mengapakah Majlis Raja-Raja Melayu dan wakil penduduk bersetuju menerima Sistem Ahli?
i. .......................................... ( 1 markah )

d. Berikan 3 ciri Sistem Ahli?
i. ..............................
ii. .............................
iii. ............................

e. Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada penduduk Tanah Melayu?
i. ............................................
ii. ...........................................
iii. ........................................... ( 3 markah )

Pakatan Murni melibatkan 3 kaum utama dan terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu,China dan India.

2. a. Apakah yang dimaksudkan dengan Pakatan Murni?
i. .............................................
ii. ............................................ ( 2 markah )

b. Apakah hasil rundingan UMNO-Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum?
i. ............................................
ii. ........................................... ( 2 markah )

c. Mengapakah konsep kerjasama kaum dalam satu parti melalui IMP gagal?
i. ............................................
ii. ........................................... ( 2 markah )

d. Mengapakah generasi hari ini patut memahami usaha pakatan murni tersebut?
i. .............................................
ii. ............................................ ( 2 markah )

e. Pada pendapat anda bolehkah pakatan murni ini menjadi asas kepada 1 malaysia?
i. ..............................................
ii. ............................................. ( 2 markah )

Monday, July 6, 2009

LATIHAN BAB 5 TINGKATAN 5



BAB 5 TINGKATAN 5

SOALAN OBJEKTIF
Arahan: Pilih jawapan yang tepat bagi soalan-soalan di bawah.

Sistem X
Melatih penduduk Tanah Melayu tentang selok-belok pentadbiran Negara

1. Sistem X di atas merujuk kepada (ms 117)
A Sistem Ahli
B Sistem kabinet
C Sistem Residen
D Sistem penasihat

2. British telah melaksanakan sistem ahli di Tanah Melayu dari tahun 1951 hingga 1955.
Pihak British berharap dapat (ms 117)
A mewujudkan perpaduan kaum.
B mengukuhkan penjajahan British.
C memudahkan urusan pentadbiran negara.
D mengurangkan tekanan parti komunis Malaya.

British Mendapat persetujuan X


3.

British mengadakan rundingan dengan wakil-wakil penduduk


Sistem Ahli dilaksanakan

Berdasarkan rajah di atas, X merujuk kepada (ms 117)

A UMNO
B Ratu British
C Majlis Raja-raja
D Persuruhjaya Tinggi British

4. Antara yang berikut, manakah portfolio yang diwujudkan di bawah Sistem Ahli?(ms 118)
I Pelajaran
II Kewangan
III Kesihatan
IV Dalam Negeri

A I,II dan III
B I, II dan IV
C I,III dan IV
D II, III dan IV

Ahli Bilangan
X 4
Melayu 3
Cina 1
India 1

5. Jadual di atas menunjukkan bilangan anggota dalam Sistem Ahli. X dalam jadual di atas merujuk kepada (ms 118)
A kaum Eropah
B pegawai British
C wakil pembangkang
D wakil Raja-raja Melayu X

Majlis Raja-Raja

9 Ahli


6. Rajah tersebut menunjukkan struktur Sistem Ahli.
X yang dimaksudkan dalam rajah di atas ialah (ms 117)

A Ratu British
B Gabenor British
C Gabenor Jeneral British
D Pesuruhjaya Tinggi British

7. Ahli-ahli yang dilantik dalam sistem Ahli berperanan untuk (ms 119)
I mengurus pentadbiran harian jabatan
II mencadangkan undang-undang yang berkaitan
III menggubal dasar-dasar baru untuk kepentingan rakyat
IV mengarah pegawai-pegawai kanan British melaksanakan dasar.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

8. Sistem Ahli dianggap sebagai perintis kepada proses perpaduan kaum di Tanah Melayu kerana (ms 119)
A rundingan antara kaum diadakan
B semua kaum diberi hak sama rata
C kerakyatan diberi kepada bukan Melayu
D pemimpinnya terdiri daripada pelbagai kaum




9. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada bulan Januari 1949
menandakan perubahan terhadap dasar UMNO.Mengapakah dasar UMNO berubah?(ms 120)
A Sedia berunding dengan pihak British
B Sanggup berunding dengan kaum lain.
C Membuka keahlian kepada kaum Cina dan India
D Menyetujui kerakyatan jus soli diberi kepada kaum lain.

10 Di bawah Sistem Ahli, undang-undang akan dibentangkan dalam (ms 118)

A Parlimen
B Majlis Raja-raja
C Majlis Perundangan Persekutuan
D Mesyuarat Mingguan Sistem Ahli.

Ahli Jumlah
Melayu 6
Cina 6
India 1
Sri Lanka 1
Serani 1
Eropah 1

11. Jadual di atas menunjukkan keanggotan wakil kaum-kaum dalam (ms 120)
A Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
B Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
C Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
D Majlis Tindakan Bersama SeluruhMalaya (IMCJA)

12. UMNO bersetuju memberi Kerakyatan Negeri di Tanah Melayu dengan Syarat (ms 120)
A mereka sanggup menetap di Tanah Melayu
B permohonan dibuat melalui undang-undang
C ibu bapa mereka telah menjadi rakyat Tanah Melayu
D mereka menetap di tanah Melayu dalam tempoh tertentu

13. Pada tahun 1951, Dato’ Onn Ja’afar dikecam hebat oleh ahli-ahli UMNO.
Mengapa? (ms121)
A Pakatan dengan kuam bukan Melayu
B Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum
C Rundingan dengan jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
D Setuju memberi kerakyatan jus Soli kepada bukan Melayu








14. Dato’ Onn Ja’afar telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951.
Antara berikut yang manakah menerangkan tentang parti tersebut? (ms 121)
I Terbuka kepad semua kaum
II Kerjasama kaum dalam sebuah parti
III Peka terhadap perubahan politik semasa
IV Sedia menangguhkan tuntutan kemerdekaan
A I, II dan III
B I, III dan IV
C I, III dan IV
D II,III dan IV

15. Mengapakah Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) gagal mendapat sambutan kaum Cina dan India? (ms 121)
I Mereka masih setia kepada negara asal
II IMP masih dipimpim oleh orang Melayu
III Semangat perpaduaan terlalu asing bagi mereka
IV Mereka enggan mengakui sebagai satu bangsa Tanah Melayu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

16. Pada bulan Februari 1953, Gabenor Jeneral Asia Tenggara, Malcolm MacDona;ld telah menubuhkan Persidangan Kebangsaan di King’s House, Kuala Lumpur. (ms121)
Apakah tujuan penubuhan persidangan tersebut?
A Merundingkan soal kerakyatan
B Mewujudkan kerjasama politik
C Merancang strategi menentang IMP
D Membincangkan persiapan kemerdekaan

17. Pada tahun 1953, Tunku Abdul Rahman bersama-sama pemimpin MCA telah menganjurkan konvensyen kebangsaan.
Apakah kesan daripada konvensyen tersebut? (ms 121)
A Parti Perikatan ditubuhkan
B British bimbang terhadap perpaduan Tanah Melayu
C Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Ketua Menteri
D Keahlian Parti Perikatan terbuka kepada semua kaum

Kerjasama UMNO
Kuala Lumpur dan
MCA Selangor
Wakil UMNO Wakil MCA
X Ong Yoke Lin

18. Berdasarkan Jadual di atas, tokoh X ialah (ms 122)
A Dato’ Mahmud Mat
B Tunku Abdul Rahman
C Dato’ Abdul Razak Yahya
C Dato’ Panglima Bukit Gantang

Jawatankuasa Pilihan Raya
X
UMNO
MCA
MIC

19. Pada tahun 1954 British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
X dalam jadual di atas merujuk kepada (ms 122)
A Pas
B Parti Buruh
C Parti Negara
D Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

20. Antara yang berikut, cadangan manakah yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya kepada Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)? (ms122)
I 52 kerusi MPPmesti dipilih melalui pilihan raya
II 48 ahli MPP dilantik oleh pesuruhjaya Tinggi British
III Semua kerusi MPP hendaklah dipilih melalui pilihanraya
IV Dua pertiga kerusi MPP hendaklah dipilih melalui pilihan raya
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

21. Dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952, pakatan UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.
Kemenangan tersebut membuktikan bahawa (ms 121-122)

A rakyat inginkan perpaduan
B rakyat senang dipengaruhi
C rakyat mahukan kemerdekaan
D Rakyat menyokong parti pelbagai kaum.

22. Pembentukan Sistem Ahli di Tanah Melayu berdasarkan model dari negara
(ms 117)
A Britain
B Afrika Selatan
C Rhodesia Utara
D Amerika Syarikat






Kerakyatan Negeri 1951





23. Kaum imigran boleh memohon kerakyatan di atas dengan syarat
(ms 120)
I lahir di Tanah Melayu
II fasih berbahasa Melayu
III berpendidikan Melayu atau Inggeris
IV Ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


Suruhanjaya Reid
Isu-isu yang Dipertimbangkan
• Hak Istimewa orang Melayu
• Pewujudan kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu
• Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
• X

24. Berdasar maklumat di atas, X merujuk kepada (ms 125)
A Penyusunan undang-undang yang kukuh
B Perkhidmatan awam yang bersifat tempatan
C Pewujudan kerjasama antara kaum yang mantap
D Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat

25. Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) pada 27 Julai 1955, Parti Perikatan telah mengemukakan pelbagai manifesto.
Antara yang berikut, manakah manifesto tersebut? (ms 122)
I Pendidkan akan diwajibkan
II Kuasa mutlak raja akan dipulihkan
III Perkhidmatan awam akan bersifat tempatan
IV Kemerdekaan akan dicapai dalam tempoh empat tahun
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV







26. Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan kerajaan British di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Antara yang berikut, perkara manakah yang dipersetujui oleh kerajaan British? (ms 124)
I Hak istimewa orang melayu hendaklah dipertahankan oleh UMNO
II kaum bukan Melayu hendaklah taat setia kepada kerajaan Tanah Melayu
III Persekutuan Tanah Melayu akan diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
IV Sebuah suruhanjaya bebas akan dibentuk untuk mengkaji perlembagaan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Memorandum daripada pelbagai pihak
Penggubalan Perlembagaan
Cadangan Suruhanjaya Reid diterbitan
X meneriama cadangan
Disahkan oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan
Lahirlah Perlembagaan
Persekutuaan Tanah Melayu 1957












27. Rajah tersebut menunjukkan proses kemunculan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. X dalam rajah di atas ialah (ms 126)
A Kabinet 1955
B Majlis Raja-raja
C Parlimen British
D Yang di- Pertuan Agong

28. Mengapakah kerakyatan jus soli tidak dapat diterima oleh orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957? (ms 126)
I Meningkatkan masalah sosial
II Melemahkan kedudukaan orang Melayu
III Memberi hak sama rata kepada semua kaum
IV Menambahkan jumlah penduduk Tanah Melayu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV










29. raja-raja Melayu telah menerima prinsip kerakyatan Jus Soli dengan syarat kaum bukan Melayu (ms 126-127)
I menerima pakatan murni yang dibuat UMNO
II mengiktiraf kedudukaan istimewa orang Melayu
III mengakui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
IV mengakui agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

30. Pada pandapat anda, apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh British untuk menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri? (ms117-130)
I Menggalakkaan penubuhan parti-parti politik
II Mengadakan pilihan raya peringkat kerajaan tempatan
III Melantik Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri
IV Melantik pemimpin tempatan memegang jawatan dalam kerajaan
A I, II dan III
B I , II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


Tahun : 1950
Pertubuhan : Rural Industrial
Devolopment Authority
(RIDA)
Pengerusi : Dato’ Onn Ja’afar
31. Tujuan penubuhan institusi di atas ialah (ms 120)
A membangunkan kawasan kampung baru
B membangunkan kemudahan asas di luar bandar
C memajukan ekonomi dan pendidikan kaum Melayu
D menyusun petempatan masyarakat kawasan luar bandar yang berselerak


• Dato’ Mohd. Seth
• Encik Abdul Aziz Majid
• Dato’ Nik Ahmed Kamil
• Dato’ Panglima Bukit Gantang

32. Apakah peranan tokoh di atas dalam rundingan kemerdekaan di London pada tahun 1957?
(ms 123)
A Wakil Kerajaan
B Wakil Parti Perikatan
C Wakil Raja-raja Melayu
D Wakil orang-orang Melayu

33. Raja-raja Melayu bersetuju menerima kerakyatan secara Jus Soli. Apakah syarat-syarat yang harus diterima oleh orang bukan Melayu? (ms 126-127)
I Mengiktiraf amalan demokrasi
II Menerima kedudukan agama Islam
III Menerima kedudukan Raja-raja Melayu
IV Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


 Tokoh X
- Menteri kewangan yang pertama
- Mencetuskan idea Parti Perikatan
- Mendokong idea kerjasama kaum.









34. Berdasarkan maklumat di atas, tokoh X ialah (ms 131)
A Tun H. S. Lee
B Tan Cheng Lock
C E. E.C Thuraisingam
D Tun V. T. Sambanthan

Tokoh Gelaran
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan
Tun Abdul Razak X

35. Gelaran X dalam jadual di atas merujuk kepada (ms 131)
A Bapa Kemajuan
B Bapa Perpaduan
C Bapa Pendidikan
D Bapa Pembangunan








36. Apakah kesimpulan yang boleh dikaitkan dalam kenyataan di atas (ms 132)
A kemerdekaan negara perlu dipelihara
B bermufakat dalam membuat keputusan
C perpaduan membawa kemerdekaan kepada negara
D kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara dalam mentadbir

37. Perlaksanaan amalan demokrasi berparlimen dalam sistem pentadbiran Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka dapat dibuktikan melalui kewujudan (ms 127)
I Dewan Rakyat
II Dewan Negara
III Jemaah Menteri
IV Exco Kerajaan Negeri
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

38.Pada pendapat anda, apakah aspek yang memberikan keyakinan kepada pihak British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957 ? (ms 117-123)
I Perpaduan kaum
II Kejayaan Sistem Ahli
III Kemenangan Parti Perikatan
IV Pengaruh gagasan Melayu Raya
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


39. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 turut mengiktiraf Raja-raja Melayu sebagai pemerintah di peringkat negara dan negeri. Sistem tersebut dikenali sebagai (ms 127)
A Monarki Mutlak
B Raja berketurunan
C Raja berperlembagaan
D Sistem pembesar empat lipatan


Suruhanjaya Reid
40. Bagaimanakah suruhanjaya di atas menyiapkan cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957? (ms 126)
I Mengadakan rapat umum
II Mendapat pandangan parti Perikatan
III Menerima memorandum raja-raja Melayu
IV menerima memorandum daripada orang perseorangan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Monday, May 4, 2009

BAHAGIAN KEDUA LATIHAN : BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA



11. Kawasan yang dipilih untuk petempatan tetap amat penting untuk memastikan…. (Hlm.6)

A kestabilan politik
B keluasan kawasan
C kepakaran penduduk
D kelangsungan bekalan makanan

12. Mengapakah lembah sungai menjadi pilihan kepada pengasasan sesuatu tamadun? (Hlm.8)

A Mengelakkan ancaman binatang
B Menyediakan sumber pengangkutan
C Kelangsungan bekalan makanan
D Mengalakkan perdagangan antarabangsa





Tamadun awal manusia terbentuk di kawasan lembah sungai


13. Manusia memilih kawasan lembah sungai kerana sungai (Hlm.8)

I dianggap keramat
II dijadikann jalan perhubungan
III digunakan untuk pertanian
IV digunakan untuk penternakan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


14. Antara berikut yang manakah ciri-ciri penting untuk mencapai ketamadunan? (Hlm.5-8)

I Persamaan taraf sosial
II Petempatan kekal
III Peningkatan ekonomi
IV. Kehidupan berorganisasi

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


Peningkatan penduduk membawa kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar


15. Apakah yang diperlukan dalam mengendalikan masyarakat besar yang dimaksudkan di atas ?
(Hlm.6)

A Petani
B Pendeta
C Artisan
D Pemimpin


.Sumeria . Assyria
.Akkad . Chaldea


16. Apakah persamaan senarai di atas ? (Hlm.11)

A Tamadun awal dunia
B Kerajaan Mesopotamia
C Negara kota Mesopotamia
D Pelabuhan antarabangsa

17. Setiap Negara kota di Mesopotamia mempunyai kerajaan yang berasingan tetapi mereka saling
bersatu tenaga untuk (Hlm.11)

A menentang musuh dari luar
B membina system pengairan
C memajukan perdagangan
D mengukuhkan kedudukan raja

Kish Nippur Lagash Ur


18. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada Negara kota di atas ? (Hlm.11)


I Kawasan utama mempunyai pusat kota,tembok kota,luar kota dan pelabuhan
II Di dalam istana terdapat istana,rumah kediaman dan rumah kedai
III Rumah ibadat menjadi lambing kekayaan negara kota
IV Setiap Negara kota mempunyai kubu pertahanan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

19. Mengapakah Raja Narasmin dari kerajaan Akkad mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Raja Empat
Penjuru Alam’ (Hlm.13)

A Baginda wakil tuhan di bumi
B Baginda berjaya membina ziggurat
C Baginda berjaya menguasai wilayah yang luas
D Baginda berjaya membina Taman Tergantung Babylon

20. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan epik Gilgamesh ? (Hlm.15)

A Falsafah hidup
B Kemajuan ekonomi
C Ramuan perubatan
D Kesan peperangan

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA





SOALAN OBJEKTIF



1. Antara berikut yang manakah menerangkan Zaman Pra Sejarah ? (Hlm.2)

A Manusia masih belum mempunyai kepercayaan
B Manusia masih belum mengenali sistem tulisan
C Manusia masih belum mengenali alat batu
D Manusia masih belum mempunyai petempatan

2. Ciri-ciri yang terdapat pada masyarakat Paleolitik ialah (Hlm.2)

I Hidup secara nomad
II Berdagang secara system barter
III Membuat peralatan daripada logam
IV Bergantung kepada sumber makanan yang tumbuh liar

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

3. Apakah kegiatan utama masyarakat Zaman Paleolitik? (Hlm.2)

A Memburu binatang
B Menanam padi huma
C Menjual hasil-hasil hutan
D Membuat barangan tembikar


Manusia pada zaman Paleolitik berpindah randah


4. Berdasarkan pernyataan di atas, kenapakah mereka berpindah randah? (Hlm.2)

A Mereka berpegang teguh kepada kepercayaan
B Mereka bergantung kepada binatang buruan
C Mereka tidak tahu bercucuk tanam
D Mereka tidak mempunyai tanah

5. Apakah ciri yang membezakan masyarakat Neolitik daripada masyarakat sebelumnya? (Hlm.2)

I Bercucuk tanam
II Hidup bermasyarakat
III Tinggal di gua batu kapur
IV. Tahu menghasilkan tembikar

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6. Apakah alat penting yang merupakan ciptaan masyarakat Neolitik? (Hlm.2)

A Alat Kayu
B Alat Batu
C Alat logam
D Alat tembikar



‘Civilization’ berasal daripada bahasa Greek dan
mempunyai kaitan dengan makna tamadun


7. Apakah makna sebenar ‘ civilization’ ? (Hlm.4)

A Bandar
B Daerah
C Kawasan
D Perkampungan

8. Menurut masyarakat Barat tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah.
Apakah unsur-unsur lahiriah yang dititikberatkan? (Hlm.5)

I Penulisan
II Kesenian
III Kepercayaan
IV Pembandaran

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

9. Mengapakah pandangan Islam tentang konsep tamadun dianggap lebih menyeluruh ? (Hlm.5)

A Berasaskan ilmu logik
B Menggalakkan persaingan ilmu
C Mengutamakan pembangunan lahiriah
D Mengimbangi pembangunan rohaniah dan fizikal

10. Apakah pandangan Syed Naquib al-Attas tentang sesebuah masyarakat yang bertamadun ?
(Hlm.5)

I Keunikan senibina
II Ketinggian tatasusila
III Keluhuran kebudayaan
IV Kemajuan perkampungan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Tuesday, April 7, 2009

SOALAN STRUKTUR 2


2 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan di Asia Tenggara hingga menyebabkan kebangkitan nasionalisme di kalangan mereka.

(a)Apakah dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh penjajah ke atas negara berikut?

(i) Indonesia :

(ii) Filipina :
[ 2 markah ]

(b)Nyatakan isu-isu pendidikan yang mencetuskan kebangkitan nasionalisme.
[ 2 markah ]

(c) Berikan nama akhbar di Tanah Melayu yang meniup semangat nasionalisme.

[ 1 markah ]

(d)Bagaimanakah peranan agama telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?
[3 markah ]
(e)Apakah iktibar yang dapat diperolehi daripada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. (3 markah )

SOALAN STRUKTUR 1


BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

1. Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara,sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja.

(a) Berikan tiga ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di
Negara-negara Asia Tenggara.[3 markah]
(b) Mengapakah sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina? ( 1 MARKAH )
(c) Apakah impak kemenangan British dalam Perang Inggeris-Burma III? ( 1 MARKAH )
(d) British telah memperkenalkan pelbagai perubahan di Tanah Melayu.
Nyatakan. ( 3 MARKAH )
(e) Pada pandangan anda,mengapakah Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat
Barat dalam pentadbiran beliau? ( 2 MARKAH )

Friday, March 27, 2009

BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA





1. Aspek geografi yang menyebabkan Asia Tenggara menjadi tumpuan imperialisme
Barat ialah

I. kedudukannya di laluan antara China dan India
II. kesuburan tanah dan iklim yang sesuai untuk pertanian
III. keluasan tanah untuk kegiatan pertanian
IV. keadaan muka bumi yang rata untuk kawasan petempatan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I adan IV

2. China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat kerana

A. keluasan tanah untuk pertanian
B. ketamadunan yang dimilki oleh penduduk tempatan
C. penduduk yang ramai untuk pasaran
D. kekayaan hasil bumi

3. Apakah peristiwa yang berlaku di Eropah yang mengubah dasar imperialisme Barat
di Asia Tenggara?

A. Keruntuhan sistem feudal
B. Kemunculan sistem birokrasi moden
C. Revolusi perindustrian
D. Kejayaan perluasan kuasa di Eropah

4. Slogan “Beban Orang Putih” dalam dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara
merujuk kepada kuasa

A. Sepanyol
B. British
C. Perancis
D. Amerika Syarikat

5. Sewaktu penjajahan Sepanyol, barangay-barangay disatukan menjadi encomienda.
Kesan daripada tindakan di atas ialah

A. kemajuan dalam kegiatan ekonomi
B. kemerosotan sistem pemerintahan tradisional
C. sistem pentadbiran barat diperkenalkan
D. kawasan penguasaan Sepanyol semakin luas

Penjajahan Belanda di Indonesia wujud dua bentuk pentadbiran

6. Dua bentuk pentadbiran yang dimaksudkan ialah

I. pentadbiran pusat
II. pentadbiran daerah
III. pentadbiran kampong
IV. pentadbiran tempatan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

7. Mengapakah Parti Sarekat Islam mendesak Belanda menubuhkan Volksraad?

A. Peluang kepada penduduk tempatan terlibat dalam pentadbiran.
B. Menyekat penularan pengaruh asing di kalangan penduduk tempatan.
C. Mendesak Belanda mengadakan pilihanraya membentuk kerajaan.
D. Langkah awal ke arah kemerdekaan Indonesia.

Hluttaw , Wun , Myothugyi , Athi

8. Maklumat di atas merujuk kepada pentadbiran tradisional di

A. Thailand
B. Vietnam
C. Filipina
D. Burma



9. Sewaktu menguasai Burma, British telah memperkenalkan Akta Kampung Ulu
Burma dan Akta Perkampungan Burma.
Kesan kepada pengenalan kedua-dua akta di atas ialah

A. sistem pentadbiran tradisional lenyap
B. pengekalan sistem pentadbiran peringkat kampung
C. kewujudan kampung dapat dipertahankan
D. pengenalan sistem birokrasi barat di peringkat kampung

10. Mengapakah pengaruh golongan agama di Burma merosot zaman penjajahan British?

Golongan agama tidak dibenarkan terlibat sebagai pentadbir.
Rakyat tidak lagi menghormati golongan agama.
Sami Buddha berada di bawah naungan undang-undang Barat.
Golongan agama kehilangan kuasa ekonomi.

11. Golongan Mandrin yang menduduki pentadbiran di Vietnam sebelum kedatangan
Perancis dipilih melalui

A. perlantikan oleh pihak raja
B. peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China
C. undian oleh pihak rakyat
D. penguasaan mereka dalam bidang ekonomi

Pembesar Berempat
Pembesar Berlapan
Pembesar Enambelas
Pegawai Kerajaan Tiga Puluh Dua

12. Maklumat di atas merujuk kepada

Sistem Pembesar Bergelar
Sistem Pembesar Berganda
Sistem Pembesar Berjawatan
Sistem Pembesar Empat Lipatan

13. Antara langkah yang diambil oleh Raja Thai untuk mengekalkan kemerdekaan Thai
ialah

I. melantik penasihat Barat
II. memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
III. sistem Raja Berperlembagaan Barat diperkenalkan
IV. mengukuhkan sistem pertahanan negara

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV



14. Imperialisme Barat menjalankan perubahan sistem politik di negara yang dijajah
bertujuan

A. memperkenalkan birokrasi barat kepada penduduk tempatan
B. melicinkan perjalanan sistem pentadbiran
C. menghapuskan pengaruh pentadbir tempatan
D. menguasai ekonomi tanah jajahan

Diperkenalkan untuk menampung dana kerajaan
Satu perlima tanah ditanam dengan tanam eksport sebagai cukai
Rakyat tidak bertanah dikenakan kerahan tenaga selama 66 hari

15. Maklumat di atas merujuk kepada

A. Sistem Polo
B. Sistem Tanaman Paksa
C. Sistem Ekonomi Perdagangan
D. Sistem Kerahan Tenaga

16. Penjajah Barat melonggarkan kemasukan imigran ke Asia Tenggara.
Kesan daripada tindakan ini ialah

A. penduduk Asia Tenggara bertambah
B. buruh mudah diperolehi dengan murah
C. ekonomi tempatan dikuasai oleh pendatang
D. berlaku keseimbngan jumlah penduduk tempatan dan pendatang

17. Bukti ketidakjujuran imperialsime Barat dalam tugas mentamadunkan penduduk Asia
Tenggara ialah

I. tanah jajahan tidak ditadbir penjajah seperti negara asal
II. diskriminasi dan eksploitasi terhadap penduduk tempatan
III. hasil tempatan dikuasai untuk kepentingan mereka
IV. peribumi tidak dilibatkan dalam pentadbiran negara

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Pengenalan agama Kristian oleh Sepanyol Penduduk Filipina bersatu
menentang Sepanyol

18. Mengapakah ini boleh terjadi?

A. Mengugat kedudukan agama tempatan
B. Ramai penduduk Filipina menganut agama Kristian
C. Pemimpin agama tempatan kehilangan kuasa
D. Penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua

Nasionalis yang sederhana
Penulis novel Noli Me Tangere
Berjuang melalui akhbar La Solidaridad


19. Tokoh yang dimaksudkan ialah

Jose Rizal
Andres Bonifacio
Emilio Aguinaldo
Sergio Osmena

20. Pengnalan sistem pendidikan Barat turut membangkitkan semangat nasionalisme
di kalangan penduduk tempatan. Mengapa?

I. Sikap pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan.
II. Peluang pendidikan kepada penduduk tempatan hanya pada peringkat rendah.
III. Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk dandar.
IV. Pendidikan barat telah menghakis kepentingan pendidikan tradisional.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV