CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 31, 2010

SOALAN 1 : Bincangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum tahun1874 .



Institusi Sultan merupakan nadi utama kewujudan sistem berkerajaan di Tanah Melayu.
Sultan adalah ketua kerajaan dan mempunyai kedudukan tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan dapat mengukuhkan kuasa dan kedudukannya dalam masyarakat dengan pelbagai cara yang dianggap wajar.

Kuasa Raja dari segi

1. politik
2. ekonomi
3. sosial
4. hak keistimewaan



KESIMPULAN

Raja mempunyai kedudukan tertinggi dengan adanya sistem beraja dan keistimewaan ini jelas menunjukkan perbezaan antara pemerintah dengan rakyat.Selepas kedatangan barat, kekuasaan raja semakin berkurangan akibat pengenalan sistem birokrasi barat.


Maklumat lanjut layari laman web berikut

http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bm/rk1/rk1.php
http://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agong

Tuesday, January 19, 2010

TUGASAN 1 : SEJARAH ISLAM



TAJUK : KERAJAAN ISLAM DI INDIA

FOKUS : KERAJAAN KESULTANAN DELHI DAN KERAJAAN MUGHAL

KAJIAN TOKOH :

1. ALAUDDIN KHILJI


2. MUHAMMAD TUGHUL



3. AKBAR



4. AURANGZEB

Monday, October 26, 2009

(c) Terangkan perkembangan system pendidikan vernakular di Tanah Melayu semasa penjajahan British.



[ 8 markah ]

JAWAPAN

F1 - Pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar
F2 - British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-negeri Selat
F3 - Sekolah Melayu Teluk Belanga di Singapura merupakan sekolah Melayu pertama dibina oleh British pada tahun 1856
F4 - Sekolah Melayu kemudiannya dibina di Seberang Perai, Kuala Kangsar dan Batu Gajah, Perak
F5 - Sekolah Melayu khusus untuk murid perempuan telah dibina di negeri-negeri Selat pada tahun 1885
F6 - Sekolah Melayu yang diwujudkan hanyalah terhad pada peringkat sekolah rendah sahaja
F7 - Kurikulum yang diperlajari bersesuaian dengan hasrat British untuk menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani
F8 - Maktab Perguruan Sultan Idris, tanjung Malim, Perak ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu
F9 - Menyediakan peluang pendidikan lanjutan kepada anak-anak Melayu
F10 - British menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905
F11 - Khusus untuk anak-anak golongan elit Melayu
F12 - Pihak pengurusan ladang bertanggungjawab menubuhkan sekolah Tamil di kawasan ladang / estet getah
F13 - British turut membangunkan sekolah Tamil di kawasan bandar
F14 - Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban
F15 - Sistem pendidikan di sekolah Tamil berorientasikan negara India
F16 - Sekolah Tamil turut menggunakan sukatan pelajaran, buku teks dan guru dari India
F17 - Bahasa Tamil merupakan bahasa pengantar di sekolah ini
F18 - Sekolah Cina di Tanah Melayu dibangunkan oleh saudagar dari China
F19 - Sekolah Chung Hwa dan sekolah Yuk Chai di Kuala Pilah
F20 - Sekolah Cina menggunakan dialek daerah masing-masing sebagai bahasa pengantar
F21 - Guru, buku teks dan sukatan pelajaran dibawa dari negara China
F22 - Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada tahun 1920
F23 - Bertujuan menyekat perkembangan pengaruh komunis di sekolah Cina

Nyatakan ciri-ciri pembentukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.



JAWAPAN

Terbentuk akibat kemasukan imigran dari China dan India
Kemasukan mereka digalakkkan oleh pihak British
Perkembangan sektor perlombongan dan perladangan getah
Wujud perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan mengikut kaum
Kaum Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di luar bandar
Kaum India berkhidmat sebagai buruh ladang di estet-estet
Kaum Cina bekerja sebagai pelombong dan berniaga di kawasan bandar
Wujud perbezaan bahasa pertuturan di kalangan setiap tahun
Perpaduan serta interaksi antara kaum sangat terbatas
Perbezaan yang wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini menyukarkan usaha pembentukan perpaduan nasional

Friday, October 9, 2009

LATIHAN ULANGKAJI BAB 9 TINGKATAN 4 PERKEMBANGAN DI EROPAH



Objektif

1 Mengapakah aktiviti perdagangan pada Zaman Pertengahan di Eropah tidak berkembang pesat?(ms 216)

A Serangan orang gasar
B Sistem mata wang lemah
C Perdagangan luar terhad
D Pertanian tidak berkembang


2. Golongan pelukis dan pengukir menjadi terkenal pada Zaman Renaissance apabila mereka mengembangkan bakat melalui
(ms 219)

A kerja secara berkumpulan
B kerja secara bersendirian
C kerja di bawah naungan raja
D kerja di bawah naungan gereja


3
Apakah faktor utama yang menyebabkan kuasa Sepanyol dan Portugal melakukan penjelajahan ke Timur
(ms 224)

A mencari jalan laut baru
B Menyebarkan agama kristian
C meluaskan tanah jajahan di Timur
D Mendapatkan rempah ratus dan sutera

4
Apakah faedah yang dapat diperolehi daripada penggunaan tanah awam sebelum Revolusi Pertanian? (ms 227)

A memburu binatang
B bercucukk tanam
C memelihara ternakan
D menampung kehidupan harian

5.Antara berikut yang manakah mendorong kepada perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain.(ms 230)

I Pertanian komersial
II Kemajuan perdagangan
III Kegiatan keusahawanan
IV Rekaan bidang sains dan teknologi

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV



Struktur

1 Zaman Renaissance telah mencetuskan pelbagai kesan ke atas masyarakat Eropah
(ms 219-220)
a. Apakah yang anda fahami tentang maksud Zaman Renaissance

I. ……………………………………………………………………………………………....

II. (2 markah)

b Bagaimanakah golongan monarki baru dapat mengukuhkan kedudukannya?

(2 markah)

c Berikan dua kesan Renaissance dari sudut ekonomi

(2 markah)

d senaraikan unsur perubahan zaman ini dari sudut sosial
(2 markah)

e Apakah iktibar yang dapat kita pelajari daripada Zaman Renaissance?
(2 markah)

Struktur

2.Perkembangan Revolusi Perindustrian telah membawa kepada pelbagai rekaan dan ciptaan baru (ms 230-233)

a Namakan dua tokoh yang menubuhkan syarikat mengeluarkan enjin berkuasa wap. (2 markah)

b Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi Revolusi Perindustrian di Britain? (3 markah)

c. Nyatakan perubahan yang berlaku dalam pengeluaran perkilangan semasa Revolusi Perindustrian (3 markah)

d Apakah kesan-kesan Revolusi Perindustrian?
(2 markah)

LATIHAN ULANGKAJI BAB 8 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN



1. Antara berikut yang manakah merupakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

(ms 201)
I Meningkatkan kemudahan infrastruktur
II Membangun kawasan bandar
III Menyusun semula masyarakat
IV Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


Bagaimanakah pelaksanaan Penyata Razak pada tahun 1956 dapat membentuk perpaduan ?
(ms 213)
A Keseragaman bahasa
B Kurikulum yang sama
C Penggunaan bahasa ibunda
D Penglibatan dalam kokurikulum


Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal membentuk identiti negara berteraskan
(ms 217)
I tradisi rakyat asal
II amalan kaum lain
III unsur agama Islam
IV Institusi kesultanan

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV


ESEI

1. Salah satu alat perpaduan yang paling berkesan dalam memupuk perpaduan adalah menerusi pendidikan.Kerajaan telah mengubal pelbagai langkah dasar pelajaran untuk memantapkan dasar pendidikan seperti Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet

a Apakah syor-syor yang dikemukakan dalam Penyata Rahman Talib untuk memupuk perpaduan kaum.

[ 7 Markah]

b Jelaskan penekanan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara.

[ 8 Markah]

c Sebagai seorang pelajar, bagaimana anda dapat membantu kerajaan melahirkan masyarakat bersatu padu melalui dasar pelajaran kebangsaan

[ 5 Markah]


2. Pembangunan ekonomi negara dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang telah dimulakan sejak tahun 1956 lagi.
(ms 198)

a Jelaskan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

[ 8 Markah]

b Nyatakan peranan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi menjayakan Rancangan Malaya Pertama.

[ 8 Markah]

c Pada pandangan anda , mengapakah kerajaan memberi tumpuan terhadap pembangunan luar bandar selepas negara mencapai kemerdekaan.

[ 4 Markah]

Thursday, October 1, 2009

BAB 8 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

Objektif

1.Antara berikut yang manakah merupakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) (ms 201)
I Meningkatkan kemudahan infrastruktur
II Membangun kawasan bandar
III Menyusun semula masyarakat
IV Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

2.Bagaimanakah pelaksanaan Penyata Razak pada tahun 1956 dapat membentuk perpaduan ?
(ms 213)
A Keseragaman bahasa
B Kurikulum yang sama
C Penggunaan bahasa ibunda
D Penglibatan dalam kokurikulum


3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal membentuk identiti negara berteraskan
(ms 217)
I tradisi rakyat asal
II amalan kaum lain
III unsur agama Islam
IV Institusi kesultanan

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV


4. “ Wawasan 2020 akan menjadikan Malaysia sebuah negara industri
dengan mengguna acuan sendiri setanding dengan negara
maju di dunia “
Dato` Seri Dr. Mahathir Mohammad

Petikan di atas, menunjukkan negara menitikberatkan

(ms 219)
A Kemajuan ekonomi
B Kemajuan pendidikan
C Kemajuan infrastruktur
D Kemajuan bersepadu