CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 27, 2009

BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA





1. Aspek geografi yang menyebabkan Asia Tenggara menjadi tumpuan imperialisme
Barat ialah

I. kedudukannya di laluan antara China dan India
II. kesuburan tanah dan iklim yang sesuai untuk pertanian
III. keluasan tanah untuk kegiatan pertanian
IV. keadaan muka bumi yang rata untuk kawasan petempatan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I adan IV

2. China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat kerana

A. keluasan tanah untuk pertanian
B. ketamadunan yang dimilki oleh penduduk tempatan
C. penduduk yang ramai untuk pasaran
D. kekayaan hasil bumi

3. Apakah peristiwa yang berlaku di Eropah yang mengubah dasar imperialisme Barat
di Asia Tenggara?

A. Keruntuhan sistem feudal
B. Kemunculan sistem birokrasi moden
C. Revolusi perindustrian
D. Kejayaan perluasan kuasa di Eropah

4. Slogan “Beban Orang Putih” dalam dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara
merujuk kepada kuasa

A. Sepanyol
B. British
C. Perancis
D. Amerika Syarikat

5. Sewaktu penjajahan Sepanyol, barangay-barangay disatukan menjadi encomienda.
Kesan daripada tindakan di atas ialah

A. kemajuan dalam kegiatan ekonomi
B. kemerosotan sistem pemerintahan tradisional
C. sistem pentadbiran barat diperkenalkan
D. kawasan penguasaan Sepanyol semakin luas

Penjajahan Belanda di Indonesia wujud dua bentuk pentadbiran

6. Dua bentuk pentadbiran yang dimaksudkan ialah

I. pentadbiran pusat
II. pentadbiran daerah
III. pentadbiran kampong
IV. pentadbiran tempatan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

7. Mengapakah Parti Sarekat Islam mendesak Belanda menubuhkan Volksraad?

A. Peluang kepada penduduk tempatan terlibat dalam pentadbiran.
B. Menyekat penularan pengaruh asing di kalangan penduduk tempatan.
C. Mendesak Belanda mengadakan pilihanraya membentuk kerajaan.
D. Langkah awal ke arah kemerdekaan Indonesia.

Hluttaw , Wun , Myothugyi , Athi

8. Maklumat di atas merujuk kepada pentadbiran tradisional di

A. Thailand
B. Vietnam
C. Filipina
D. Burma



9. Sewaktu menguasai Burma, British telah memperkenalkan Akta Kampung Ulu
Burma dan Akta Perkampungan Burma.
Kesan kepada pengenalan kedua-dua akta di atas ialah

A. sistem pentadbiran tradisional lenyap
B. pengekalan sistem pentadbiran peringkat kampung
C. kewujudan kampung dapat dipertahankan
D. pengenalan sistem birokrasi barat di peringkat kampung

10. Mengapakah pengaruh golongan agama di Burma merosot zaman penjajahan British?

Golongan agama tidak dibenarkan terlibat sebagai pentadbir.
Rakyat tidak lagi menghormati golongan agama.
Sami Buddha berada di bawah naungan undang-undang Barat.
Golongan agama kehilangan kuasa ekonomi.

11. Golongan Mandrin yang menduduki pentadbiran di Vietnam sebelum kedatangan
Perancis dipilih melalui

A. perlantikan oleh pihak raja
B. peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China
C. undian oleh pihak rakyat
D. penguasaan mereka dalam bidang ekonomi

Pembesar Berempat
Pembesar Berlapan
Pembesar Enambelas
Pegawai Kerajaan Tiga Puluh Dua

12. Maklumat di atas merujuk kepada

Sistem Pembesar Bergelar
Sistem Pembesar Berganda
Sistem Pembesar Berjawatan
Sistem Pembesar Empat Lipatan

13. Antara langkah yang diambil oleh Raja Thai untuk mengekalkan kemerdekaan Thai
ialah

I. melantik penasihat Barat
II. memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
III. sistem Raja Berperlembagaan Barat diperkenalkan
IV. mengukuhkan sistem pertahanan negara

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV



14. Imperialisme Barat menjalankan perubahan sistem politik di negara yang dijajah
bertujuan

A. memperkenalkan birokrasi barat kepada penduduk tempatan
B. melicinkan perjalanan sistem pentadbiran
C. menghapuskan pengaruh pentadbir tempatan
D. menguasai ekonomi tanah jajahan

Diperkenalkan untuk menampung dana kerajaan
Satu perlima tanah ditanam dengan tanam eksport sebagai cukai
Rakyat tidak bertanah dikenakan kerahan tenaga selama 66 hari

15. Maklumat di atas merujuk kepada

A. Sistem Polo
B. Sistem Tanaman Paksa
C. Sistem Ekonomi Perdagangan
D. Sistem Kerahan Tenaga

16. Penjajah Barat melonggarkan kemasukan imigran ke Asia Tenggara.
Kesan daripada tindakan ini ialah

A. penduduk Asia Tenggara bertambah
B. buruh mudah diperolehi dengan murah
C. ekonomi tempatan dikuasai oleh pendatang
D. berlaku keseimbngan jumlah penduduk tempatan dan pendatang

17. Bukti ketidakjujuran imperialsime Barat dalam tugas mentamadunkan penduduk Asia
Tenggara ialah

I. tanah jajahan tidak ditadbir penjajah seperti negara asal
II. diskriminasi dan eksploitasi terhadap penduduk tempatan
III. hasil tempatan dikuasai untuk kepentingan mereka
IV. peribumi tidak dilibatkan dalam pentadbiran negara

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Pengenalan agama Kristian oleh Sepanyol Penduduk Filipina bersatu
menentang Sepanyol

18. Mengapakah ini boleh terjadi?

A. Mengugat kedudukan agama tempatan
B. Ramai penduduk Filipina menganut agama Kristian
C. Pemimpin agama tempatan kehilangan kuasa
D. Penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua

Nasionalis yang sederhana
Penulis novel Noli Me Tangere
Berjuang melalui akhbar La Solidaridad


19. Tokoh yang dimaksudkan ialah

Jose Rizal
Andres Bonifacio
Emilio Aguinaldo
Sergio Osmena

20. Pengnalan sistem pendidikan Barat turut membangkitkan semangat nasionalisme
di kalangan penduduk tempatan. Mengapa?

I. Sikap pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan.
II. Peluang pendidikan kepada penduduk tempatan hanya pada peringkat rendah.
III. Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk dandar.
IV. Pendidikan barat telah menghakis kepentingan pendidikan tradisional.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Thursday, March 19, 2009

LATIHAN ULANGKAJI KEMAHIRAN GEOGRAFI


LATIHAN OBJEKTIF

Soalan 1 berdasarkan maklumat di bawah.

Terdiri daripada nombor lajur dan nombor baris maklumat di atas berkaitan dengan ?

A. Bearing

B. Arah

C. Koordinat

D. Skala

2. Garisan yang dikira dari hadapan ke belakang.

A. Lajur

B. Baris

C. Skala linear

D. Koordinat

3. Antara berikut pernyataan yang manakah menerangkan tentang kedudukan sesuatu secara relatif .

A. Jarak antara rumah Hasan dengan sekolah ialah 2 km

B. Rumah Ah Seng berada di baris ketiga dan lajur kedua

C. Sekolah berada di utara Balai Polis Rasa

D. Rumah Mutusamy berada di 02,05

4. Pada masa dahulu manusia menggunakan bintang di langit di waktu malam dan matahari untuk menentukan arah.

Bagaimanakah kita boleh menentukan arah?

I. skala II. stesen kaji cuaca III. kompas IV. Bearing.

A. I DAN II

B. I DAN III

C. II DAN III

D. III DAN IV

5. Depakan tangan anda semasa matahari terbenam. Halakan tangan kanan anda ke arah matahari. Tangan kiri anda menunjukkan arah?

A. Utara

B. Selatan

C. Barat

D. Timur

6. Antara berikut yang manakah merupakan mata angin perantaraan?

I. timur laut II. selatan III barat laut IV. Tenggara

A. I , II DAN III

B. I , II DAN IV

C. I , III DAN IV

D. II , III DAN IV

7. Kompas digunakan untuk menentukan arah sesuatu tempat dari sesuatu tempat yang lain. Mengapakah jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah utara magnetik?

A. tarikan magnetik bumi

B. tarikan graviti bulan

C. kesan pergerakan dalam bumi

D. pasang dan surut air laut

8. Antara pernyataan berikut yang manakah berkaitan dengan kompas magnetik?

I. sentiasa bergerak mengikut mata angin

II. dibaca mengikut arah pusingan jam

III. sentiasa menunjuk ke arah utara magnet

IV. Tidak dipengaruhi oleh bahan logam

A. I DAN II B. I DAN IV C. II DAN III D. III DAN IV

9.Bagaimanakah jarak antara dua tempat di atas peta dapat diukur dan dinyatakan?

A Menggunakan skala lurus

B.Menggunakan kompas

C Menggunakan koordinat

D. Persilangan antara baris dan lajur

10. Nisbah antara jarak dua tempat di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaaan bumi.

Maklumat di atas adalah berkaitan dengan

A bearing

B jarak mutlak

C skala

D jarak relatif

11. Setiap satu kilometer jarak sebenar , diwakili oleh 1 sentimeter di atas peta.

Berapakah jarak yang diwakili di atas peta jika jarak sebenar ialah 5 kilometer?

A 1 sentimeter

B 1 kilometer

C 5 kilometer

D 5 sentimeter

Soalan 12 berdasarkan maklumat di bawah.

Dilukis dengan satu garisan lurus

Dibahagikan kepada beberapa unit kecil yang sama jaraknya.

Antara berikut yang manakah merupakan kegunaan utama kedua-dua maklumat di atas?

A Mengukur jarak

B mengira kecerunan

C Mengukur ketinggian

D menentukan kedudukan sesuatu tempat.

Monday, March 9, 2009

LATIHAN PRA UJIAN BULAN 1 2009


940/2 SEJARAH MALAYSIA

1. Jelaskan sebab-sebab penubuhan negeri – negeri melayu bersekutu pada tahun 1896.

2. Jelaskan sebab-sebab penubuhan negeri – negeri melayu bersekutu pada tahun 1896.

940/1 SEJARAH TAMADUN DUNIA DAN ISLAM

1. BANDINGKAN SISTEM KEPERCAYAAN DAN KEAGAMAAN TAMADUN AWAL MANUSIA DAN TAMADUN
ISLAM.

2. Huraikan empat unsur penting pembentukan negara dan jelaskan tahap-tahap
perkembangan sesebuah negara dengan memberikan contoh yang sesuai.