CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 9, 2009

LATIHAN ULANGKAJI BAB 9 TINGKATAN 4 PERKEMBANGAN DI EROPAH



Objektif

1 Mengapakah aktiviti perdagangan pada Zaman Pertengahan di Eropah tidak berkembang pesat?(ms 216)

A Serangan orang gasar
B Sistem mata wang lemah
C Perdagangan luar terhad
D Pertanian tidak berkembang


2. Golongan pelukis dan pengukir menjadi terkenal pada Zaman Renaissance apabila mereka mengembangkan bakat melalui
(ms 219)

A kerja secara berkumpulan
B kerja secara bersendirian
C kerja di bawah naungan raja
D kerja di bawah naungan gereja


3
Apakah faktor utama yang menyebabkan kuasa Sepanyol dan Portugal melakukan penjelajahan ke Timur
(ms 224)

A mencari jalan laut baru
B Menyebarkan agama kristian
C meluaskan tanah jajahan di Timur
D Mendapatkan rempah ratus dan sutera

4
Apakah faedah yang dapat diperolehi daripada penggunaan tanah awam sebelum Revolusi Pertanian? (ms 227)

A memburu binatang
B bercucukk tanam
C memelihara ternakan
D menampung kehidupan harian

5.Antara berikut yang manakah mendorong kepada perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain.(ms 230)

I Pertanian komersial
II Kemajuan perdagangan
III Kegiatan keusahawanan
IV Rekaan bidang sains dan teknologi

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV



Struktur

1 Zaman Renaissance telah mencetuskan pelbagai kesan ke atas masyarakat Eropah
(ms 219-220)
a. Apakah yang anda fahami tentang maksud Zaman Renaissance

I. ……………………………………………………………………………………………....

II. (2 markah)

b Bagaimanakah golongan monarki baru dapat mengukuhkan kedudukannya?

(2 markah)

c Berikan dua kesan Renaissance dari sudut ekonomi

(2 markah)

d senaraikan unsur perubahan zaman ini dari sudut sosial
(2 markah)

e Apakah iktibar yang dapat kita pelajari daripada Zaman Renaissance?
(2 markah)

Struktur

2.Perkembangan Revolusi Perindustrian telah membawa kepada pelbagai rekaan dan ciptaan baru (ms 230-233)

a Namakan dua tokoh yang menubuhkan syarikat mengeluarkan enjin berkuasa wap. (2 markah)

b Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi Revolusi Perindustrian di Britain? (3 markah)

c. Nyatakan perubahan yang berlaku dalam pengeluaran perkilangan semasa Revolusi Perindustrian (3 markah)

d Apakah kesan-kesan Revolusi Perindustrian?
(2 markah)

0 comments: