CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 9, 2009

LATIHAN ULANGKAJI BAB 8 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN



1. Antara berikut yang manakah merupakan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

(ms 201)
I Meningkatkan kemudahan infrastruktur
II Membangun kawasan bandar
III Menyusun semula masyarakat
IV Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


Bagaimanakah pelaksanaan Penyata Razak pada tahun 1956 dapat membentuk perpaduan ?
(ms 213)
A Keseragaman bahasa
B Kurikulum yang sama
C Penggunaan bahasa ibunda
D Penglibatan dalam kokurikulum


Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal membentuk identiti negara berteraskan
(ms 217)
I tradisi rakyat asal
II amalan kaum lain
III unsur agama Islam
IV Institusi kesultanan

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV


ESEI

1. Salah satu alat perpaduan yang paling berkesan dalam memupuk perpaduan adalah menerusi pendidikan.Kerajaan telah mengubal pelbagai langkah dasar pelajaran untuk memantapkan dasar pendidikan seperti Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet

a Apakah syor-syor yang dikemukakan dalam Penyata Rahman Talib untuk memupuk perpaduan kaum.

[ 7 Markah]

b Jelaskan penekanan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara.

[ 8 Markah]

c Sebagai seorang pelajar, bagaimana anda dapat membantu kerajaan melahirkan masyarakat bersatu padu melalui dasar pelajaran kebangsaan

[ 5 Markah]


2. Pembangunan ekonomi negara dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang telah dimulakan sejak tahun 1956 lagi.
(ms 198)

a Jelaskan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

[ 8 Markah]

b Nyatakan peranan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi menjayakan Rancangan Malaya Pertama.

[ 8 Markah]

c Pada pandangan anda , mengapakah kerajaan memberi tumpuan terhadap pembangunan luar bandar selepas negara mencapai kemerdekaan.

[ 4 Markah]

0 comments: