CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, October 26, 2009

(c) Terangkan perkembangan system pendidikan vernakular di Tanah Melayu semasa penjajahan British.



[ 8 markah ]

JAWAPAN

F1 - Pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar
F2 - British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-negeri Selat
F3 - Sekolah Melayu Teluk Belanga di Singapura merupakan sekolah Melayu pertama dibina oleh British pada tahun 1856
F4 - Sekolah Melayu kemudiannya dibina di Seberang Perai, Kuala Kangsar dan Batu Gajah, Perak
F5 - Sekolah Melayu khusus untuk murid perempuan telah dibina di negeri-negeri Selat pada tahun 1885
F6 - Sekolah Melayu yang diwujudkan hanyalah terhad pada peringkat sekolah rendah sahaja
F7 - Kurikulum yang diperlajari bersesuaian dengan hasrat British untuk menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani
F8 - Maktab Perguruan Sultan Idris, tanjung Malim, Perak ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu
F9 - Menyediakan peluang pendidikan lanjutan kepada anak-anak Melayu
F10 - British menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905
F11 - Khusus untuk anak-anak golongan elit Melayu
F12 - Pihak pengurusan ladang bertanggungjawab menubuhkan sekolah Tamil di kawasan ladang / estet getah
F13 - British turut membangunkan sekolah Tamil di kawasan bandar
F14 - Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban
F15 - Sistem pendidikan di sekolah Tamil berorientasikan negara India
F16 - Sekolah Tamil turut menggunakan sukatan pelajaran, buku teks dan guru dari India
F17 - Bahasa Tamil merupakan bahasa pengantar di sekolah ini
F18 - Sekolah Cina di Tanah Melayu dibangunkan oleh saudagar dari China
F19 - Sekolah Chung Hwa dan sekolah Yuk Chai di Kuala Pilah
F20 - Sekolah Cina menggunakan dialek daerah masing-masing sebagai bahasa pengantar
F21 - Guru, buku teks dan sukatan pelajaran dibawa dari negara China
F22 - Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada tahun 1920
F23 - Bertujuan menyekat perkembangan pengaruh komunis di sekolah Cina

0 comments: